Langkawi Mula Menjadi Tempat Kesukaanku
Ahad, 31 Ogos 2014 | 12:28 PTG | 0 comments
So basically this is me whenever I want to update my blog;jalan terkedek-kedek ke laptop /mal**/
ASSALAMUALAIKUM
Allahu dah berapa lama blog ini ditinggalkan mereput seorang diri di alam maya ini? /merapu/
Ditakdirkan sebaik tamat menduduki percubaan SMA,petang tu kitaorg terus bertolak ke Langkawi~
Yeah I know that place is kinda...cliche?
Aku peduli apa!Ni blog eden,suka hatilah nak citer apa pun (cakap pasal benda baik okay?)/ tetiba/
Tips :
NEVER EVER BRING ALONG YOUR HOMEWORKS DURING HOLIDAYS!
Dengan keazaman yang tinggi,aku mengeluarkan buku latihan Math dengan harapan dapat menyiapkan 30% kerja sekolah.Dan kesannya aku mengalami sakit kepala sambil menahan pedih di telinga. /slap myself/
Kawasan home stay yang amat tenang,aman damai lagi makmur.Pagi-pagi keluar rumah dah nampak pelancong asing berjogging?
Van yang keluarga kami sewa~
Hari pertama,kitaorg bergerak menuju ke Pulau Cenang.Subhanallah,pemandangannya sama seperti di Pulau Perhentian <3
Pasirnya halus dan lembut dan menyebabkan diri aku seperti terpanggil untuk menggolekkan badan di sepanjang pantai okay jangan bayangkan ngeri nauzubillah
Kemudian,mak cik aku menegaskan (lol) suaminya untuk membawa kami singgah ke Pekan Kuah.
Keropok ikannya memang sedap sangat~!Rasanya lain daripada yang pernah aku makan *^*
Aku suggest korang beli keropok ikan yang bila digoreng dia jadi bergulung! /appa mood activated/
Oh oh sebenarnya ada kedai batik jawa asli kat sebelah kedai bahulu panas tapi aku lupa pula nak snap gambar kedainya~
BAHULU PANAS I JUST CANT /saliva spilt out ewww/
Hari kedua,kitaorg pergi ke HIG Kompleks! /my favourite place ever in Langkawi/
This place is something...
And now I'm officially become a shopaholic .__.
COKLAT T__T
Maaf,aku tak dapat nak capture bahagian coklat sebab masa ni aku dah tak hiraukan pasal blog ke apa sebab minda aku telah dikawal sepenuhnya oleh coklat-coklat ini /lame excuse/
Hati-hati ye korang kalau masuk sini
Mak cik sekalian,sila tahan nafsumu untuk memborong segala pinggan mangkuk periuk belanga
Comel kan fridge magnetnya?Auwww macam kat Jepun pula <3
Honestly,sampai sekarang aku terkilan tak dapat beli lollipop ni.
Nah kidding ni SABUN MANDI! /giggle/
Aku hampir fangirling depan kabinet kaca seorang diri sambil memerhatikan sabun ni.Sayangnya,penjual tu hilang entah ke mana waktu ni grrr
Hari ketiga,kitaorg bergerak ke jeti entah apa namanya untuk melawat pulau-pulau di sini!
Nama perkhidmatan bot yang kami sewa

Pulau Dayang Bunting~Pelikkan namanya?
Cuba tengok betul-betul,nampak mcm bentuk org mengandung tengah baring
Hoho spooky moment /wriggle brows/
Pak cik pemandu bot bagitau yang ada peristiwa pelik berlaku kat pulau ni.
Satu hari ada pelancong yang melanggar peraturan dengan membawa arak dan berpesta di sini.Akibatnya,muncul seekor buaya putih dari tasik lalu...er mati pelancong tu?Wallahualam~

Masyaallah,boleh bayangkan kat tengah pulau ada tasik?!
Lagenda yang aku baca kat situ,sebab dinamakan tempat ni Tasik Dayang Bunting kerana peristiwa dua org bunian yang telah berkahwin dan bayinya meninggal dunia.Disebabkan terlalu sedih,si ibu melepaskan mayat anaknya di sini.Weiiiii!


Disebabkan aku menolak pelawaan ayah untuk mandi di sini,ayah menawarkan aku untuk menaiki bot ke apa nak disebut ini selama 30 minit.Tak ingatlah berapa sewanya.Lawaklah bila teringat semula peristiwa kat sini.Aku dengan ayah berbincang pasal politik kat tengah-tengah tasik haha.Pastu perhatian kami terganggu dengan sepasang pasangan Jepun if I'm not mistaken yang sedang mendengar lagu romantik pfft please...

Setelah itu,kami bergerak ke Pulau Singa~!
Aku masih tak faham kenapa dinamakan Pulau Singa sedangkan takde langsung singa kat sini .__.
Pak cik tu bagitau dulu tempat ni ada zoo tapi dah dipindahkan.
Kat sini korang berpeluang bagi helang makan huhu.Ya allah cute sangat helangnya!Tapi tu tak bermakna aku nak bawa balik seekor.
Destinasi yang sebenar,Pantai Kok <3



Maaf pantai,tak kiralah sejernih dan secantik mana pun kamu,aku tetap takkan mandi./pergi kutip siput/
Uh disebabkan sekarang pukul 3 pagi,aku ringkaskan terus bab kereta kabel ni.
Ya allah hari tu kawasan ni penuh dengan org Arab! /sigh/
Sebelum naik kereta kebal,kita akan di brainwash dengan video yg gayat-gayat supaya masa naik nanti takdelah takut sangat KONONNYA!
Sebelum balik,aku sempat beli produk gamat~


Pun boleh?Ni baru dinamakan kreatif dan inovatif!
Sokonglah produk tempatan!
(still tak boleh bayangkan aku makan gamat for the first time)
Before the dawn,I must sleep
Nee selamat malam dan assalamualaikum adios~







































BASIC BIO
Real Name: Fathin Nadhirah.
Age: 16th years old.
Born: Malaysia.
Hometown: Selangor
Education: SAMTiSH
Things I Likes: Nagoya,food,kitten,desert,novel,manga,biologi thingies
Things I hates: mall,bugs,pimples,talking to people face to face