Almost Paradise

DIY Cloth
Jumaat, 8 November 2013 | 5:02 PG | 0 comments
-Sewaktu dalam perjalanan ke Shah Alam untuk membeli barang-

Ayah : Fathin,tulah sekolah ayah dulu.Tiap-tiap petang ayah mesti main hoki kat padang situ.

Aku : Uwaa!Cantik sekolah!

Ayah : Teringat pula kat makwe lama ayah. *laugh* Dia orang Penang.Kalau dia jadi isteri ayah,mesti Fathin jadi anak mami.

Aku : PUH-LEEZ!Fathin langsung tak berhajat nak jadi anak mami. *roll my eyes 180 darjah*


Assalamualaikum!



/sila tahan perasaan anda untuk menampar mamat berumur 21 tahun ini/

Heinghhhhh! /bunyi menggeliat/
Dah berapa hari kita tinggalkan sekolah?Korang sihat,kan?Mungkin aku sorang je kot yang tak berapa nak sihat sekarang ni.Bila tengok cermin,sekali pandang ada iras Tao,si mamat panda.Okay,perasan.Nilah akibat tidur lewat.Tapikan,dalam buku motivasi kata kita hanya perlu tidur 5 jam.Orang puteh pula kata mesti tidur 8 jam.Apa citer ni?

*cough cough*

Kembali kepada tajuk entri.
Korang pernah tak hadapi masalah aku suka giler dengan baju tu tapi aku tak boleh pakai?Kali ni aku nak tolong insan-insan tersebut supaya mereka dapat memakai pakaian idaman masing-masing.Aku punya kes kebanyakan baju kesukaan aku khas untuk lelaki.Takpe Fathin,la tahzan.

Bahan-bahan yg diperlukan,

  • Baju
  • Kertas plastik
  • Fabric dye 
  • Berus
Print gambar yang korang mahu.Dengan menggunakan semburan gam,lekatkan gambar tadi diatas kertas plastik.





Gam sembur boleh didapati di kedai hardware.

Potong corak dengan nawaitu untuk memutuskan hubungan antara lapisan sticker dengan kertas. /er faham?/



Masukkan kepingan kadboard/benda keras yg dibalut sempurna dengan beberapa helai surat khabar di dalam baju.Lekatkan tape di baju untuk mendapat permukaan yg licin dan tegang.


Perlahan-lahan,lekatkan sticker di atas baju.Ratakan sticker.


Warnakan bahagian yg anda kehendaki untuk beberapa layer.Jangan tebal sangat,nanti crack catnya./pengalaman pertama mengajar aku/


Biarkan kering semalaman.Tanggalkan sticker dari baju dengan gentle.Terbalikkan baju dan iron bahagian tadi.Siap untuk dipakai!



/Takdelah aku kempunan nak pakai baju EXO lepas ni/

Kerja ni agak berbahaya,sila dapatkan orang dewasa sebagai teman kerja anda.
Kos untuk buat baju takdelah mahal sangat~/guna duit mak bapa,boleh citer ah kan/
Harap dapat membantu.Assalamualaikum dan selamat bercuti.



Assalamualaikum hamba Allah sekalian this is Fathin's blog SHANNAROOO!
[ One | Two | Three | Four ]

Diary Profile Stuff



template by: Sha's daughter
editor: Fathin
Doodle: tumblr
Software: AP CS5