Almost Paradise

Pray For Syria
Sabtu, 24 Ogos 2013 | 1:40 PG | 0 comments
Assalamualaikum~

Terjumpa pula status ni masa menyelongkar Facebook,

Adik-adik tahu tak apa yang jadi dengan Mesir sekarang?

Buat adik-adik, sekarang ni rakyat Mesir sedang dibunuh ramai-ramai oleh kerajaan mereka. Dulu, kerajaan mereka dipegang oleh pemerintah jahat, Hosni Mubarak. Kemudian apabila dia dijatohkan, ada pilihanraya baru, dan Dr Mohamed Morsi telah dilantik menjadi Presiden baru pada tahun 2012. Beliau merupakan seorang yang sunggu alim dan berwibawa sehinggalah baru-baru ini, tentera yang dilantiknya sendiri telah menjatohkannya lalu mengambil pemerintahannya.

Jadi, sekarang, tentera-tentera itu, yang diketuai Abdel Fatah Al-Sisi telah membunuh orang-orang yang menyokong Dr.Morsi ini. Apa yang menyedihkan, dia juga telah membunuh semua orang iaitu kanak-kanak, wanita, orang tua, dan orang yang tak buat apa-apa. Jahat kan?

Sebab itu sekarang ni tengah kecoh. Orang yang tak berdosa dibunuh. Sangat kejam. Kalau bunuh seorang manusia pun dah kecoh masuk surat khabar, apatah lagi bunuh beratus-ratus orang...Dan ya, yang membunoh tu pun orang Islam juga.

Abang tahu, ramai adik-adik yang terpinga-pinga tak tahu apa yang berlaku sekarang. Bila dah tak tahu, mulalah buat-buat tak nak tahu. Jadi abang buat sikit sipnosis cerita sekarang sebab abang tak nak adik-adik semuanya tak nak tahu disebabkan adik-adik tak tahu cerita sebenar. Kalau dah dapat cerita sebenar pun mesti adik malas nak baca sebab panjang sangat. Jadi sekarang abang ringkaskan.

Lepas ni,boleh pergi ke Google, carilah seberapa banyak cerita, dan mangsa-mangsa dalam peristiwa dahsyat ini. Kemudian, setelah hayati, ceritakan kepada kawan-kawan yang lain. Terangkan pada mereka apa yang sedang kita hadapi sekarang. Kemudian, adik-adik tambahkan doa selepas solat, iaitu doa bagi kesejahteraan dan keamanan di Mesir sana. Ajaklah kawan-kawan adik berdoa sama, sebab abang yakin, daripada kalangan adik-adik, mesti ada doa yang akan termakbul.

Semoga Allah merahmati Bumi Seribu Anak Panah. (amin~)



Assalamualaikum hamba Allah sekalian this is Fathin's blog SHANNAROOO!
[ One | Two | Three | Four ]

Diary Profile Stuff



template by: Sha's daughter
editor: Fathin
Doodle: tumblr
Software: AP CS5