Kawal Nafsu Kita
Jumaat, 2 Ogos 2013 | 1:05 PG | 0 commentsAssalamualaikum~
Alhamdulillah,periksa dah habis.Barulah terasa tenang sikit.Inilah akibatnya belajar last minute,terpaksa bersengkang mata menghadap buku 24 jam.
Sekejapnya masa berlalu,sedar tak yang hari ni sudah masuk hari yang ke-24 kita berpuasa?Confirmlah semua orang dah buat persiapan untuk menyambut raya!Kau sebut je,pasang langsir,beli sofa baru,cat rumah,buat kuih raya,semua dah beres!Ya Allah,semalam baru je gantung lampu kelip-kelip kat luar rumah,nampak gempak sikit rumah tu~
STOP!
Kita mungkin rasa gembira lagi riang untuk menyambut kedatangan raya tapi...Ibadah yang kita sering lakukan masa bulan Ramadhan adakah kita mula tinggalkan?

Tak salah kalau nak rasa gembira untuk menyambut hari raya cuma berpada-padalah juga.Petang tadi aku ada dengar kat radio IKIM yang pihak IKIM hanya akan mendendang lagu-lagu nasyid berunsurkan bulan Ramadhan.Kenapa?Sebab diaorang nak mewujudkan suasana bulan Ramadhan walaupun hari raya hampir tiba!MasyaAllah!
Abang ada kata yang masa hari ke-21 Ramadhan,langit nampak redup sangat.Aku pun rasa cuaklah bila dia cakap macam tu,takut terlepas malam Lailatul Qadar!Alhamdulillah,ada sorang ustaz baru sahaja beritahu aku yang kita masih berpeluang mencari malam Lailatul Qadar,iaitu pada malam ke 27.Ya Allah! =)
Ok,segala benda yang aku cakap ni pun nasihat untuk diri aku juga.Jujur aku katakan yang aku tak berapa pandai dalam bab-bab agama tapi aku masih cuba untuk mendalaminya,In Syaa Allah!Lebih-lebih lagi aku ni memang peminat K-POP.Macam-macam godaan yang menimpa!Sekarang ni pula EXO dan B.A.P ada buat lagu baru.Urgh~Sabar,sabar...
Aku terfikir juga yang macam mana kalau satu hari nanti diaorang semua revert to Islam??? O_O
Aku ada nampak gambar Baekhyun pakai kopiah semasa berada di Khazastan!Uwaaa~
Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah!









BASIC BIO
Real Name: Fathin Nadhirah.
Age: 16th years old.
Born: Malaysia.
Hometown: Selangor
Education: SAMTiSH
Things I Likes: Nagoya,food,kitten,desert,novel,manga,biologi thingies
Things I hates: mall,bugs,pimples,talking to people face to face