Almost Paradise

Kawaii Food Recipe That Must I Share (Caramel Pudding)
Sabtu, 20 Julai 2013 | 6:39 PTG | 0 comments

Assalamualaikum~
Pejam celik,pejam celik,sudah masuk hari yang ke 12 kita berpuasa.Allah,sekejapnya masa berlalu!
Wiuw~Dah lama aku tak update pasal resipi!Cerita tentang puding karamel,ya Allah!Tergoda habis!





Ok,prinsip aku sekarang ni. =)
          Bahan-bahan :-
  • 5 biji telur
  • 3/5 satu tin susu pekat
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 1/2 cawan air

    Untuk sos karamel :-
  • 3 sudu makan gula halus dan 3 sudu makan air




Masukkan gula ke pan tidak lekat dan biarkan ia menjadi keperangan.Setelah itu,masukkan air.Tuang di dalam dulang dan ketepikan.





Campurkan kesemua bahan dan sebatikan adunan dengan penuh feeling.Tuangkan ke dalam dulang tadi.



Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.Puding ni tidak boleh dimasak dengan api besar,nanti teksturnya tak cantik.Sejukkan semalaman.

Maaflah sebab tak dapat nak tunjuk hasilnya sebab tak sempat nak capture.Pudingnya telah dibaham dengan rakus oleh beberapa insan ._.



Assalamualaikum dan selamat berpuasa!
Ramadhan Karim,Allahu Akram!



Assalamualaikum hamba Allah sekalian this is Fathin's blog SHANNAROOO!
[ One | Two | Three | Four ]

Diary Profile Stuff



template by: Sha's daughter
editor: Fathin
Doodle: tumblr
Software: AP CS5