Trip To Pulau Perhentian : Part 2
Rabu, 5 Jun 2013 | 12:57 PG | 0 commentsEr...Aku tak tahu macam mana nak mulakan intro.Memang susah nak buat ayat bila dengar lagu Insane sambil meng update blog.Dahlah nyanyi dengan penuh feeling,nak je aku rakam,masuk Youtube!Muehehe~Ok,gurau je ._.
Dengan ini,aku merasmikan bahawa sesungguhnya aku telah jatuh cinta dengan Terengganu dan pulau-pulau sekitarnya.Semua makhluk dalam negeri tersebut sangat penyayang lagi mesra!Kau tengoklah,sampai tupai kat sana pun tak takut dengan manusia!Kita hulur je makanan,dia terus ngap.
Pada hari kedua,kitaorg telah dibawa oleh Pak Cik Sabri a.k.a Beri (comelnya nama!) menaiki bot untuk bersnorkling di laut.Dapat feeling-feeling menaiki bot persendirian memandangkan keluarga aku dah tempah bot tu awal-awal!LOL~ =')
Tempat pertama ialah Turtle Point.Tempat ni memang dalam!Menurut Bani,dia tak nampak pun pasir masa bersnorkling kat situ.Pheuw~Nasib baik aku tak turun,kalau tak,mau aku menangis/meraung kat situ.Tehee~
Nampak kecil,tapi sebenarnya besar.Bila kepala dia terjojol keluar di permukaan laut sambil merenung aku,nampak tak comellah pula si penyu ni.Aigoo~Apa-apa pun,indah sungguh ciptaan Allah!
Tempat kedua ialah Fish Point!
MasyaAllah!Nampak tak ikannya?Tempat ni boleh tahan dalamnya.Kat bawah ada banyak batu karang yang masih hidup!Ada yang besar,yang kecil,yang tajam,yang nampak agak mengerikan tapi semuanya tetap nampak cantik!SubhanaAllah~Seperti yang aku cakap,makhluk-makhluk kat sini sangat mesra!Kita hulur je roti,berkerumun ikan-ikan datang.Rasa cuak pun ada bila tengok ikan-ikan tu menjadi pelahap tahap luar biasa.Tu baru je roti kosong,cuba kalau aku bagi pizza?Huh~
Tempat ketiga ialah Shark Point.Omo?!SHARK?!!
Lollahhh~Rasa gementarlah juga bila tiba kat kawasan ni.Pak cik tu kata dia dapat melihat seekor jerung berenang melintasi hadapan kami tapi syukurlah jerung tu melarikan diri.Ada gua kecil dalam kawasan ni!Banyak ikan bersembunyi di kawasan tersebut dan semuanya bersaiz besar-besar belaka.Gulp!
Pada waktu petang,kitaorg memancing.Ahhhh~Time for sun burn!
Mama's Restaurant!Uweee~
Kawasan chalet.
Lagi satu pulau yang terletak bersebelahan dengan Pulau Besar,itulah Pulau Kecil.Di situlah terdapatnya banyak makanan-makanan laut.Jom singgah sana?
"...Mak cik!Bagi saya satu ikang dalam pinggang besar dan air milo beng!..."Pffftt!Suka hati je aku nak cakap loghat Terengganu! =3
Kawasan ni namanya Kampung Nelayan.Makanannya amat murah dan lazat.Uweee~
Tak terasa nak menangis pun bila nak balik tapi bila dah tiba di daratan,barulah mood cengeng tu datang.Memang berbaloi kalau korang bercuti di pulau ni!Sememangnya ciptaan Allah itu amat indah sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan kita amat digalakkan untuk melihat dan menerokai ciptaan Allah untuk meningkatkan lagi keyakinan terhadap kekuasaan Allah.Nak cerita lebih-lebih pun tak guna,baik korang pergi sendiri ke tempat ni!
Assalamualaikum~








BASIC BIO
Real Name: Fathin Nadhirah.
Age: 16th years old.
Born: Malaysia.
Hometown: Selangor
Education: SAMTiSH
Things I Likes: Nagoya,food,kitten,desert,novel,manga,biologi thingies
Things I hates: mall,bugs,pimples,talking to people face to face