Almost Paradise

Kawaii Food Recipe That I Must Share! (Pavlova)
Khamis, 23 Mei 2013 | 2:49 PG | 0 comments


                                                                    Assalamualaikum~

Anyeong!Anyeong!Anyeong!Setelah berkurun lamanya aku tidak menjenguk blog ni.Nyaaa~Bogoshipo!Periksa dah berakhir,musim cuti sekolah pun baru sahaja hendak bermula.Alhamdulillah~

TIDAKKK!
Mood nak meng "update" blog dah hilang!Penyelesaiannya?
Tonton video BTOB Funny Moment!
Eunkwang!You're the awesome leader after GD!
Hihi~Sumpah,aku tak boleh henti tergelak dalam bilik.Nasib baik ahli keluarga yang lain kat ruang tamu,kalau tak,mana aku nak letak muka?!Gelak sorang-sorang dalam bilik macam orang tak betul?Haiz~Parah..Parah..

Ok,ok.Aku dah melalut.Tajuk entri pasal resepi,ni apahal pula cerita tentang K-POP?

Pavlova...
Sejenis hidangan manisan dari Barat yang sememangnya terkenal dengan keenakan pastrinya yang rapuh lagi lazat.Kalau tak silap aku,pavlova ni makanan orang bangsawan.Hah~
Mood "perasan" dah mula bersarang dalam hati,kononnya dapat feeling-feeling jadi orang bangsawan bila makan pavlova.Huahaha~

Baiklah!Dengan bangganya aku berkongsi resepi yang aku temui di Majalah Sedap tempoh hari,
  • 4 biji telur,ambil telur putih sahaja
  • Gula halus/gula kastor/gula icing 180 gram
  • 1/2 sudu air perahan lemon
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 1/2 sudu esen vanilla
For topping,
  • Vanilla cream 
  • Melted black chocolate
  • Buah-buahan,strawberi/bluberi/rapsberry/mangga/peach/limau




Ok guys,dah siapkan semua bahan?
Yoshhhha!
Meh sini Chef Fathin ajar cara nak masak pavlova!
Oh ya!Aku cadangkan korang pasanglah apa-apa lagu ketika memasak untuk menaikkan mood gembira dalam diri.Makanan akan menjadi lebih enak jika kita memasak dengan hati yang girang lagi ikhlas!

1.Masukkan telur putih ke dalam mesin pengadun.Gunakan tahap kuasa putaran yang paling rendah dan tunggu sehingga telur berbuih.




2.Masukkan gula perlahan-lahan ke dalam telur.Tuang sikit-sikit.Ini memastikan gula dapat larut di dalam telur dengan sempurna.Hasilnya..?Telur tadi menjadi gebu!Uweeeee~It makes me go insane!




3.Masukkan esen vanilla,air perahan lemon dan tepung jagung.Gaul dan letakkan ke dalam dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak.Korang boleh dapatkan kertas ni kat pasar raya.






Pavlova tidak ada bentuk yang tetap.So,jangan risaulah kalau bentuknya tak cantik!Orang yang tak berdarah seni pun boleh buat tau.Bakar dalam oven yang bersuhu 140 darjah selama 1 jam.






Alhamdulillah!Anda berjaya! =)
Bila time nak letakkan topping,aku campak je apa benda yang aku nak atas pavlova.Hasilnya....




Tekstur pavlova sangat unik.Rangup,rasanya yang manis dan ringan serta amat sesuai untuk dihidangkan bersama secawan teh cameron sambil menikmati pemandangan gunung yang dihiasi dengan kepulan kabus yang meniup lembut lagi sejuk pada muka.Wow!Sweet!Oeoe~Oeoe~
Ahahaha~Maaf!Aku berangan kejap!

Tahniahlah ya kepada Nik,Nafilah,Izyan,Lyla,Khadijah serta Sharifah kerana telah menjadi orang yang pertama merasai pavlova aku.Terima kasih di atas komen yang positif juga!Nal michigehae!

That's for all today!Please wait for the incoming entry that I'm gonna update it as soon as possible ! =)
Assalamualaikum and always remember Allah~







Assalamualaikum hamba Allah sekalian this is Fathin's blog SHANNAROOO!
[ One | Two | Three | Four ]

Diary Profile Stuff



template by: Sha's daughter
editor: Fathin
Doodle: tumblr
Software: AP CS5