Almost Paradise

Gotong-Royong Time!
Ahad, 24 Februari 2013 | 12:33 PG | 1 comments

Assalamualaikum~

Kali ni aku nak kongsi cerita tentang aktiviti yg dijalankan kat kawasan perumahan aku baru-baru ni!Aktiviti apa?Of courselah gotong-royong!
.
.
.
Ho'aloh!Cerita pasal gotong-royong?Please~~~~
B.O.R.I.N.G!

Oit!Baca entri ni sampai habis!Aku jamin,cerita pasal gotong-royong ni takkan membosankan anda semua!"Lain daripada yg lain"~Special and limited edition gittew~
Pfffttt!Over pula!Padahal cerita pasal gotong-royong je kot!
Ok,ok!Aku dah melalut habis! (-_-)

Pakaian aku masa ni mmg simple sangat tapi agak menyeramkan.Ayah cakap rupa aku persis pembunuh upahan yg liar mencari mangsa.Why?
Memandangkan aku ni jenis yg tak berapa gemar berfesyen,aku hanya memakai baju muslimah berwarna coklat,seluar slack,hoddie berwarna hijau tua dan tudung bawal hitam.Hoddie tu aku sarungkan sekali kat kepala.Hah~Nasib baiklah muka aku ni "suci" sikit,takdelah org salah anggap yg aku ni budak nakal.Bahahahaha~ :3
Tak ada gambarlah pula,tak dapat nak tunjuk.

Because I'm naughty,naughty
Hey!I'm mrs. simple
Because I'm naughty,naughty
(sumber lagu:Super Junior:Mr.Simple)




Sama tak?Kekeke~
Ter"over"lah pula!Jangan marah ye org KRT. =D
Aku bukan nak memburukkan dewan serbaguna ni tapi keadaannya..Ya Allah...Masyallah...Astaghfiruallah..
Subhanallah..
Ehe!Melebih pula.





Ni bahagian belakang.
Ish,ish,ish...Agak-agak,apa yg ada dalam semak ni ye?
Biarlah ia menjadi satu persoalan yg tidak terjawab...Aiceh!





Sakit mata masa mula-mula datang tempat ni.Berhabuk sana-sini,sisa makanan bertaburan dan yg paling tak boleh belah,kitaorg nampak tikus penyek kat bahagian dapur!Eiuwwww~

Apakah penduduk TTGI pemalas terutamanya golongan belia?
Hanya mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yg sudi bertandang bagi bekerjasama dlm menjayakan aktiviti gotong-royong ini?Fenomena ini amat merunsingkan dan bagaikan sudah menjadi kebiasaan bagi setiap kawasan perumahan!Orang-orang tua sanggup bekerja keras,menggunakan tulang empat kerat mereka membersihkan kawasan setempat.

Pffffttttt!Apahal dgn ayat aku ni?!!!
Bukan apa,aku cuma rasa sedih bila tak ramai org yg sudi menghulurkan bantuan.Tapi,nasib baiklah ada beberapa org budak yg hadir.Yayyyyyy!
Tapi semuanya aku tak kenal!FOREVER ALONE! (T_T)
Nak tegur budak kecik pun aku takut!Argghhhhhhh!Stress!

Tak lama kemudian,aku didatangi oleh seorang insan bertubuh kecil,berwajah comel menyapaku dgn suara yg lembut.Auwwww~

"Akak,jom main!"

"Hmph?M-Main?"

"Iyalah!" lantas menarik tanganku.

Sweet,tak?
*muka merah

Aku menemui kebahagian apabila menemui....





MEJA PING-PONG!
SARANGHAE! >_<
Hihi~





Ahahahaha~
Budak-budak comel!
Yg perempuan tu namanya Izzati,6 tahun dan yg laki tu pula namanya Faris.
Syok ye main ping-pong?Ehe~
Urm..Biar aku buat pengakuan sikit,sebenarnya aku mungkin telah menghabiskan masa sebanyak 3/4 bermain dgn diaorg. *tutup muka
Apa?!Lawak sgt ke aku berkawan dengan budak-budak?Huh!Korang mungkin takkan dpt faham perasaan gembira aku bila dapat kawan baru walaupun hanya budak kecil yg belum matang. *kesat air mata
(wah~banyak betul drama kat sini!)





Sedang kitaorg syok bermain,tetiba....Datang seorang budak lelaki belasan tahun berkulit hitam manis menyerbu meja ping-pong.(tak dpt ambil gambar dia)

"Jom lawan!"

WHAT?!
Siapa kau?Tetiba je cakap mcm tu kat aku!
Aku tak tahu apa nama dia tapi yg pastinya dia abg Faris.
Cabar aku main ping-pong?Alright!Challenge accepted!





Dan akhirnya aku kalah...Ya Allah.. (T_T)
Aku terus tarik muka masam.Hmph!

Sekitar pukul 11,mak cik-mak cik telah siap menghidangkan kami makanan yg enak-enak belaka tapi aku tak makan,tak ada selera.Maklumlah,lepas kalah main ping-pong. (-_-)





Menu:
  • Nasi putih
  • Nenas dan ikan duri masak lemak
  • Cencaluk
  • Ikan goreng
  • Ulam-ulaman
  • Ayam goreng
Nyummy!

Aku ingat perlawanan ping-pong tadi dah berakhir,tapi jangkaan aku meleset jauh!
Budak tu datang lagi jumpa aku,suruh lawan.
Argghhh!Apa masalah dia?!
Demi menjaga maruah keluarga,aku gagahkan juga diri ini untuk beradu ping-pong dgn budak tu.Aiceh,ayat!

Fifth and sixth game,aku menang!Alhamdulillah~
Aku mmg dah gelakkan dia habis-habisan sebab dia kalah dgn perempuan!Bwahahaha~
Dan sekali lagi,dia tak nak menyerah kalah,suruh lawan semula.
Dengan penuh keterpaksaan,aku bermain ping-pong dgn tubuh yg lemah longlai.Allahurabbi...Aku kalah!Huarghhhh!!!

Sekarang dia pula yg gelakkan aku...Sob..Sob..
Tersangatlah kejam cara dia gelakkan aku!Bergema satu dewan dgn suara dia!
Wah!Sekejap...Aku dah merepek habis. ._.
Ok,ok!Cerita aku dah terpesong daripada jalan yg lurus!

Alhamdulillah,bila aku keluar dari dewan,banyak perubahan yg berlaku.Semak-samun telah dicantas,ruang dapur telah disusun dengan lebih teratur dan sistem perparitan menjadi lancar dan bersih.





Masa ni mak aku and her geng sedang bertungkus-lumus membersihkan bahagian dapur.
Waktu ni,dah ramai orang.Bila dah makin ramai,mestilah makin meriah! =)

Diringkaskan cerita,aku pulang ke rumah pada pukul 1.45 petang dgn tubuh yg penat namun senyuman tetap terukir di bibir!Hihi~ ^_^

Kesimpulannya,aktiviti sebegini sememangnya memberi 1001 manfaat kepada penduduk TTGI dimana kami dapat mengeratkan hubungan silaturrahim,menjalin hubungan baru,menyemai sikap bekerjasama dan lain-lain.(wah~ayat karangan laporan pula yg keluar)
Aku mmg sokong 100 peratus jika aktiviti sebegini dipergiatkan lagi!





THANKS FOR READING! =')



Assalamualaikum hamba Allah sekalian this is Fathin's blog SHANNAROOO!
[ One | Two | Three | Four ]

Diary Profile Stuff



template by: Sha's daughter
editor: Fathin
Doodle: tumblr
Software: AP CS5